suria

'Ingat Jalan Ni Bapak Kau Yang Punya'

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Akibat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, seorang ejen trak tunda didenda maksimum RM100 atau penjara tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Zulkeflee Abu, 53, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Sungai Besi berhampiran Bulatan Sungai Besi menghala ke Jalan Tun Razak, di sini, pada 6 pagi, 12 Februari lepas.

Dia didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang sopan atau menghina dengan tujuan membangkitkan kemarahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, agensi berita Bernama melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda yang minimum dengan alasan dia penanggung utama keluarganya.

Mengikut fakta kes, ketika pengadu yang merupakan seorang anggota polis sedang mengawal lalu lintas di lokasi kemalangan, dia mengarah beberapa ejen trak tunda supaya mengalihkan kenderaan.

Tiba-tiba, tertuduh datang dalam keadaan marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan berkata "Ingat jalan ni bapak kau yang punya".

Denda, Hina Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan