suria

Tentera Laut Bangladesh Naiki Kapal Misi Malaysia

Kapten Tentera Laut Bangladesh, Mohammad Nizamul Haque (kiri) bertemu dengan ketua misi bantuan Rohingya, Datuk Seri Abdul Azeez (kanan) dalam pertemuan di bahagian anjungan kapten kapal Nautical Aliya.

TELUK BENGAL: Pegawai Tentera Laut Bangladesh menaiki kapal misi kemanusiaan Rohingya, Nautical Aliya kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan pada Isnin berdekatan Cox's Bazar.

Diketuai oleh Kapten Tentera Laut Bangladesh, Mohammad Nizamul Haque, satu pertemuan diadakan dengan kumpulan penganjur misi tersebut di bilik mesyuarat di anjungan kapten.

"Secara rasminya, saya mengalu-alukan anda semua..Misi ini sudah pastinya mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Bangladesh," kata Mohammad Nizamul.

Beliau juga menambah, Tentera Laut Bangladesh sedia menghulurkan sokongan penuh kepada penganjur.

"Jangan segan untuk menyuarakan hasrat dan permintaan anda," kata beliau.

Kapal Nautical Aliya kini berlabuh kira-kira dua batu nautika dari persisiran pantai Cox's Bazar.

Kapal berkenaan memasuki perairan Bangladesh kira-kira pukul 1.30 pagi waktu tempatan pada Isnin dan tiba di kawasan Cox's Bazar pukul 10 pagi.

Nautical Aliya sebelum ini belayar menuju ke Chittagong, Bangladesh dengan membawa 2,100 tan bantuan untuk dihulurkan kepada pelarian Rohingya di negara itu.

Nautical Aliya, Rohingya

Artikel Sebelum

Artikel Lain