KUALA LUMPUR: Enam suspek disyaki terlibat memproses dadah di sekitar ibu negara ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Isnin. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter rasminya berkata suspek ditahan di beberapa lokasi berbeza iaitu di Kajang dan Rawang, Selangor serta di Mont Kiara di sini. Penahanan itu turut membongkar makmal memproses dadah dan turut dirampas 12 kilogram dadah dipercayai syabu, katanya sambil mengucapkan syabas kepada STING. "Syabas STING @PDRMsia dalam serbuan di Kajang, Rawang dan Mont Kiara, bongkar makmal proses Syabu. Tangkap 6 orang, rampas lebih 12 kg Syabu. #GoPDRmGo," katanya. - BERNAMA