PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan laman Facebook Valet Doa menghentikan perniagaan mengambil upah untuk berdoa di tanah suci kerana tidak mengikut syariat Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, selain tidak menepati Islam yang sebenarnya, pakej-pakej yang ditawarkan juga adalah tidak berakhlak dan mengelirukan umat Islam. Ikuti laporan lanjut yang disediakan wartawan mStar Online, Azlina Mazli.