suria

Suspek Pembunuh Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Direman Tujuh Hari

PETALING JAYA: Dua suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek pertama merupakan seorang wanita berusia 29 tahun, ditahan pada Rabu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika cuba meninggalkan negara ini dan suspek memiliki pasport Vietnam dengan menggunakan nama Doan Thi Huoang.

Seorang lagi suspek wanita ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Suspek kedua dipercayai berusia 25 tahun menggunakan nama Siti Aishah dan memegang pasport Indonesia.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat ketika dihubungi Bernama mengesahkan prosiding reman tersebut dan berkata kedua-dua wanita berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula bermula Khamis.

Jong-nam, 45, mati dibunuh selepas dua wanita menyemburkan racun ketika mangsa berada di balai pelepasan KLIA2 kira-kira pukul 9 pagi Isnin.

Mangsa ketika itu menunggu di balai pelepasan untuk menuju ke Macau.

Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Dego Ride Mohon Sokongan NGO

Artikel Berikut

Artikel Lain