suria

Jumlah Pemilih Keluar Mengundi Menggalakkan - Wan Junaidi

Petugas SPR membantu seorang warga emas di Sekolah Kebangsaan Bumiputera untuk melaksanakan kewajipannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.03 Tanjong Datu pada Sabtu. fotoBERNAMA

LUNDU: Walaupun keadaan cuaca kurang memuaskan, jumlah pemilih yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil Tanjong Datu pagi Sabtu adalah menggalakkan, kata pengarah operasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata setakat 9.40 pagi Sabtu, jumlah mereka yang keluar mengundi adalah lebih kurang 24 peratus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat pusat mengundi di SJK Chung Hua Lundu pagi Sabtu.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Januari di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, menang dengan majoriti 5,892 undi setelah memperoleh 6,360 undi berbanding 468 oleh calon PKR Jazolkipli Numan.

Pilihan raya kecil Tanjung Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, yang diwakili balu Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu, Johnny Aput daripada Parti Reformasi Negeri (Star) dan Rapelson Richard Hamit yang mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru. - BERNAMA

PRK Tanjong Datu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain