KUALA LUMPUR: Dua pemidato bukan Islam yang dijemput menghadiri Himpunan RUU 355 menarik perhatian peserta yang hadir. Dua pemidato tersebut adalah Balasubramaniam yang mewakili Persatuan Hindu Pahang dan D Sivan daripada Persatuan Penceramah Bukan Islam Barisan Nasional. Kedua-dua mereka telah memberikan penerangan ringkas tentang pindaan akta RUU 355 ketika mengisi slot pidato di pentas utama himpunan di Padang Merbok pada sebelah petang. Secara keseluruhannya masing-masing menyatakan pemahaman mereka mengenai matlamat pindaan akta tersebut yang tidak mempunyai kaitan dengan golongan bukan Islam. Malah, mereka juga menyeru supaya rakan-rakan bukan Islam yang lain supaya lebih jelas tentang isu ini yang tidak akan menjejaskan diri mereka.