BERIKUT ialah fakta kes mengenai kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un mengikut rekod rasmi polis. Maklumat ini diberikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ahad. Fakta kes: - Pada 13 Februari 2017, kira-kira pukul 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), seorang lelaki Korea mendekati pegawai perhubungan pelanggan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan memberitahu bahawa dua wanita tidak dikenali telah menyapu mukanya dengan cecair dan dia berasa pening. - Pegawai polis yang bertugas telah membawa lelaki itu ke Menara Medical Clinic di level 2 KLIA2. - Selepas memeriksa keadaanya, mereka mengambil keputusan untuk membawa lelaki itu ke Hospital Putrajaya. - Ketika hadir di hospital pada kira-kira pukul 11 pagi, doktor yang bertugas mengesahkan dia mati. - Berdasarkan dokumen peribadi iaitu pasport, mangsa dikenali sebagai "Kim Chol" dengan pasport bernombor 836410070, berumur 47 tahun. - Dia tiba di Malaysia pada 6 Februari dari Macau menggunakan pesawat AirAsia AK8321. - Dia dijadualkan meninggalkan negara ini pada 13 Februari ke Macau pada pukul 10.50 pagi dengan pesawat AirAsia. Fakta siasatan: Sehingga kini empat suspek telah ditahan: 1) Doan Thi Huong, 28, (Vietnam) - Pekerja pusat hiburan. - Tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017 - Dijadual tinggalkan negara pada 23 Februari - 7 hari reman (16-22 Februari) 2) Muhammad Farid Jalaluddin, 26, (Malaysia) - Pekerja katering - 7 hari reman (16-22 Februari) 3) Siti Aisyah, 25, (Indonesia) - Pekerja spa - Tiba di Malaysia 2 Februari 2017 dari Batam - 7 hari reman (16-22 Februari) 4) Ri Jong Chol, 47, (Korea Utara) - Pekerja IT di Cheras - 7 hari reman (18-24 Februari) Berdasarkan perkembangan siasatan, empat suspek telah dikenalpasti iaitu: 1. Rhi Ji Hyon, 33, tiba di Malaysia pada 4 Februari 2017 2. Hong Song Hac, 34, tiba pada 31 Januari 2017 3. O Jong Gil, 55, tiba pada 7 Februari 2017 4. Ri Jae Nam, 57, tiba pada 1 Februari 2017 Polis juga masih mencari tiga lagi individu bagi membantu siatan iaitu: 1) Ri Ji U, 30, Korea Utara. Dia menggunakan nama samaran "James" 2) -sedang dikenal pasti- 3) -sedang dikenal pasti- Poses siasatan: - Bedah siasat telah dilakukan pada 15 Februari di Hospital Kuala Lumpur (HKL). - Punca kematian masih belum diketahui, polis masih menunggu laporan toksikologi dan patologi. - Polis ingin mendapatkan kerjasama orang awam di Malaysia dan siapa jua yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi polis atau kedutaan bagi melengkapkan siasatan.