Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata suspek lelaki tempatan berusia 21 tahun itu lengkap bertudung dan berpakaian hitam dilaporkan memasuki surau wanita di pusat itu kira-kira 8.40 malam.
Pengawal keselamatan yang mencurigai gerak geri suspek menahannya ketika keluar dari surau itu dan menemui dompet, wang berjumlah RM408.30 serta sebuah telefon bimbit milik seorang gadis berumur 19 tahun yang berada di surau itu, katanya ketika ketika dihubungi di sini, Isnin.
Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu baru dibebaskan dari Penjara Kajang pada awal Februari lepas dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah serta mencuri.
Kes penahanan lelaki yang menyamar sebagai wanita itu tular di media sosial Isnin.