suria

Bekas Exco Selangor Meninggal Dunia Akibat Kanser

Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan.

SHAH ALAM: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, 73, meninggal dunia akibat kanser pankreas di sebuah hospital swasta, dekat sini, pada pukul 3.34 pagi Selasa.

Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Seksyen 9 di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini pada pukul 11 pagi nanti.

Allahyarham merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara dan bekas Ketua Umno Bahagian Subang serta bekas pegawai tadbir dan diplomatik.

Selain itu, Allahyarham pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor selama dua penggal dari 1999 hingga 2008. - Bernama

Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan

Artikel Sebelum

Pemilik Basikal Di KL Kebingungan

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan