"Kenyataan Duta itu sama sekali tidak wajar. Dari segi diplomatik ia dianggap biadab.
"Tetapi Malaysia tetap teguh dengan pendiriannya berdasarkan prinsip undang-undang untuk mencari kebenaran kerana kes itu berlaku di negara ini," kata Najib kepada pemberita.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Progran Temuduga Terbuka SL1M peringkat zon tengah 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Katanya, Korea Utara seharusnya membantu Malaysia mencari kebenaran daripada membuat kenyataan tidak berasas.
Kang Chol, pada Isnin berkata negaranya 'tidak boleh mempercayai' siasatan yang dijalankan oleh Malaysia berhubung pembunuhan itu.
Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 minggu lepas.