suria

TUDM Siasat Dakwaan Beberapa Pegawai Didera

KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat dakwaan berlakunya kejadian beberapa pegawainya dibelasah dan didera di Kuantan yang tular di media sosial, Selasa.

"Pihak TUDM telah mengambil maklum perkara ini. Pengurusan tertinggi TUDM tidak sama sekali membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan akan melaksanakan siasatan," menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, Markas Tentera Udara, di Kementerian Pertahanan.

Sebuah laman sosial telah menyiarkan aduan yang mendakwa beberapa pegawai TUDM di sini dibelasah dan didera serta berlaku salah guna kuasa dalam kalangan orang atasan berkaitan orientasi pegawai baharu.

Pengadu berkenaan mendakwa kejadian itu melibatkan pegawai graduan ijazah yang melapor diri ke unit masing-masing mengikut kepakaran dan kejadian itu difahamkan turut berlaku pada waktu makan dan waktu solat.

Pengadu itu turut meletakkan nama dua pegawai yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam melakukan tugasan mereka, serta menambah kejadian itu tidak diketahui oleh komander pangkalan berkenaan.-- Bernama

TUDM, dera

Artikel Sebelum

Artikel Lain