suria

HKK 2017: Rosmah Kongsi Koleksi Busana Peribadi

KUALA LUMPUR: Pameran Busana Perdana yang diadakan buat julung kali sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 menampilkan koleksi peribadi busana batik dan songket milik Datin Seri Rosmah Mansor.

Berlangsung di Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini, pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai busana eksklusif milik isteri perdana menteri itu.

Menerusi pameran itu, 28 koleksi baju kurung, kurung Kedah, termasuk kebarung milik Rosmah hasi kerja tangan usahawan kraf tempatan ditampilkan, termasuk Lizza Creations, Jantique Resources, Nor Atikah Songket, Manang Songket Sdn Bhd, Habibah Enterprise Sdn Bhd dan Myriams Atelier Sdn Bhd.

Melihatkan seni rekaan serta perincian busana itu, tidak dinafikan usahawan tempatan sememangnya kreatif dan mampu menghasilkan batik dan songket bermutu tinggi, dengan corak serta rona kontemporari.

Acara tahunan yang memasuki tahun ke-15 turut menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan dan demonstrasi kraf dan pertandingan memasak yang berlangsung sehingga 6 Mac ini.


Artikel Lain