suria

Hukuman Gantung Dua Beradik Tangguh Pada Saat Akhir

PETALING JAYA: Dua beradik yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada pagi Jumaat kerana kesalahan membunuh mendapat kebenaran menangguhkannya pada saat akhir, kata Amnesty International Malaysia.

Rames dan Suthar Batumalai yang dijatuhi hukuman pada April 2010 telah mengemukakan permohonan rayuan untuk mendapatkan pengampunan diraja menerusi peguam mereka.

Permohonan itu dikemukakan Haresh Mahadevan & Co. kepada Lembaga Pengampunan Negeri Sembilan pada Khamis.

Ahli keluarga Rames, 44 dan Suthar, 39 dimaklumkan pada Rabu supaya melawat dua bersaudara itu pada kali terakhir pada Khamis sebelum menjalani hukuman gantung.

Mereka didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan pada Februari 2006.

Lembaga Pengampunan, bunuh, Rames

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain