suria

Pemprosesan Permohonan BR1M Dijangka Selesai 28 Februari - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemprosesan permohonan 3,123,950 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini.


"Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini.

"Bagi yang dah menerima BR1M, saya harap dapat dibelanjakan dengan berhemah, Insya-Allah," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam Jumaat.

Pembayaran BR1M bagi 2017 secara baucar dibuat pada 18 Februari manakala pembayaran secara terus ke akaun bank dibuat mulai 22 Februari lepas.


BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.


Bagi BR1M tahun ini, bantuan itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.


Artikel Lain