suria

Dua Mayat Terdampar Di Pantai Terengganu

GAMBAR HIASAN

KUALA NERUS: Dua mayat lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pesisir pantai di sini namun, ia bukan mayat pemancing yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman berkata  mayat pertama ditemui kira-kira 11.05 malam Sabtu berhampiran dengan penemuan bot milik mangsa, Wan Abdul Manan Wan Ahmad, 49, yang masih hilang.

Beliau berkata mayat itu, yang hanya berseluar, ditemukan seorang penduduk kampung ketika melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan pantai.

"Hasil pemeriksaan mendapati ada tatu pada anggota badan lelaki itu yang dianggarkan berusia sekitar 45 tahun.Kita juga percaya mayat itu berada dalam air dalam tempoh lebih dua minggu berdasarkan keadaan mayat yang kembung," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Menurutnya mayat kedua pula dijumpai pada 8.20 pagi di Pantai Tok Jembal, kira-kira tiga kilometer dari lokasi pencarian Wan Abdul Manan.

Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan ujian DNA.

Isteri Wan Abdul Manan, Kasiah Harun berkata sebaik mendengar penemuan mayat berhampiran bot milik suaminya itu, beliau bersama-sama anak-anaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, katanya mayat berkenaan bukan suaminya berdasarkan keadaan fizikal,seluar yang dipakai dan tatu pada badan.

"Saya reda dan saya tidak putus berdoa agar suami dapat dijumpai walau dalam apa keadaan," katanya.

Mayat, Reput

Artikel Berikut

Artikel Lain