GEORGE TOWN: Pembantu rumah warga Indonesia berusia 38 tahun ditemui maut di kediaman majikannya di Jelutong, di sini. Polis kini sedang menyiasat majikannya kerana disyaki melakukan penderaan. Mangsa yang dikenali sebagai Jubaedah meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi, Sabtu dan majikannya mendakwa mangsa terjatuh di rumah itu. Bagaimanapun, hasil bedah siasat menunjukkan ada kesan kecederaan seperti retak pada tulang rusuk dan calar pada tubuh mangsa. Majikannya adalan pasangan berusia dalam lingkungan 40an ditahan polis bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.