suria

Banjir Di Rompin Tidak Berubah Pagi Ini

Ternakan turut basah kuyup selepas hujan berterusan lebih dua hari ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Kurnia baru-baru ini.

KUANTAN: Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Rekoh pagi Ahad berikutan keadaan banjir di kediaman mereka belum pulih.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata hanya pusat pemindahan sementara di balai raya itu yang masih beroperasi dengan menempatkan enam keluarga.

"Mangsa melibatkan lapan lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, 10 kanak-kanak serta masing-masing seorang bayi dan warga emas," katanya.

Pada Sabtu, pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Setajam ditutup dan 118 mangsa daripada 33 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang. - BERNAMA

banjir, Rompin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain