suria

Mayat Cef Berlumuran Darah Ditemui

MELAKA: Seorang cef berusia 21 tahun didakwa dibunuh rakan sekerjanya yang merupakan warga asing di Taman Kerjasama di Bukit Beruang dekat sini.

Mayatnya ditemui di tingkat dua rumah kedai oleh seorang lagi rakan sekerja pada pukul 9.20 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis menerima panggilan berkenaan dengan kejadian pada kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kecederaan pada badannya dipercayai menggunakan objek tajam,” katanya sambil menambah polis tidak mendedahkan identiti mangsa kerana motif pembunuhan sedang disiasat.

Abdul Adzis berkata, dua warga asing ditahan pada pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa tinggal bersama pekerja asing sejak pertengahan tahun lalu.

Abdul Adzis berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Melaka.

Artikel Lain