suria

Rakyat Korea Utara Di JB Rancang Pindah

JOHOR BAHRU: Rakyat Korea Utara di sini mula merangka perancangan untuk berpindah, demikian menurut kenalan mereka susulan keputusan Malaysia menghalang rakyat negara itu keluar Malaysia.

"Kawan saya, seorang rakyat Korea Utara yang menetap di sini mula membuat perancangan untuk berpindah ke negara lain.

"Isteri dan anaknya bimbang keadaan mereka yang tidak menentu jika terus tinggal di sini," kata jurutera dari Korea Selatan yang enggan dikenali itu.

Beliau berkata, warga Korea Utara itu kini sedang mempertimbangkan sama ada untuk pulang ke tanahair atau berhijrah ke negara lain.

"Kami (Korea Selatan) bagaimanapun tiada masalah dengan apa yang berlaku tetapi berbeza dengan rakyat Korea Utara yang rasa terancam.

"Mereka bagaikan keliru dan tidak pasti sehingga situasi yang dilalui ini dapat ditangani sepenuhnya," katanya.

Ditanya mengenai dirinya, beliau berkata selama ini dia tidak tinggal tetap di negara ini.

"Saya berulang-alik dari Johor, Kuala Lumpur dan Seoul untuk bekerja sejak tiga tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, dalam hal melibatkan kes pembunuhan Kim Jong-nam, rakyat Korea Utara lebih selesa berdiam diri.

Kebanyakan mereka ketika ditanya mengenainya enggan ditembual.
Korea Utara, Johor Bahru

Artikel Sebelum

Artikel Lain