Tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan kembali ke Malaysia atau ditempatkan di tempat lain.
"Kakitangan berkenaan merupakan penjawat awam antarabangsa dan mereka bukan wakil kerajaan negara mereka.
"Mereka bekerja dengan WFP di Korea Utara," kata jurucakap itu.
Dalam ruangan 'apa yang kami lakukan' di laman web Yayasan PBB, artikel pendek bertarikh Disember 2010 menyatakan bahawa Nyanaprakash adalah anggota pasukan tindak balas kecemasan Inter-Agency WFP yang bersiap sedia di pejabat WFP serantau untuk dikerahkan dan memberikan bantuan dalam sebarang operasi kecemasan.
Salah seorang yang sangat gembira melihat beliau pulang dengan selamat adalah bekas rakan sekerja, Md Ghani Ibrahim.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Salam itu berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Nyanaprakash adalah melalui Facebook pada tahun 2014 ketika beliau dalam misi WFP di Dubai dan beliau tidak tahu bahawa rakannya itu kini berada di Korea Utara.
Kali terakhir mereka berbual, Nyanaprakash telah menyatakan hasratnya untuk pulang menyambut Deepavali dan singgah di pejabat Yayasan Salam.
"Selama ini, saya fikir dia berada di Dubai," kata Ghani, menggambarkan Nyanaprakash sebagai seorang lelaki yang merendah diri, baik hati dan gemar menghulurkan bantuan.
"Dia sentiasa bersedia menyahut cabaran dan sentiasa gembira," katanya.