suria

Tak Patut Dera Rakyat Kelantan - PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan batu asas pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin pada Program Jom Bantu Rakyat Kampung Melawi, Ahad. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri).

BACHOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak seperti pemimpin terdahulu, dia tidak berhasrat 'mendera' rakyat Kelantan kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, bekas perdana menteri pernah berkata, rakyat Kelantan patut didera dengan mengurangkan peruntukan tahunan untuk pembangunan negeri itu.

"Pemimpin terdahulu dari ambo, tak payah sebut nama, dia kata orang Kelantan ini patut kita dera, kurangkan peruntukan. Ambo tak percaya, ambo tak kurang, ambo tambah peruntukan untuk rakyat Kelantan," katanya ketika berucap di majlis pecah tanah Hospital Bachok di Kampung Bator, Jelawat, di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib berkata bagi membela nasib rakyat, kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat miskin di negeri ini.

Beliau berkata, dia telah meluluskan peruntukan untuk membina hospital dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), selain mewujudkan Universiti Malaysia Kelantan untuk penduduk negeri itu.

"Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan," katanya.

Perdana Menteri juga bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.

Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan kemudahan lain seperti hospital baharu di Kuala Krai bernilai lebih RM300 juta yang sedang dalam pembinaan.

"Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan," katanya.


Najib, Kelantan, Hospital Bachok

Artikel Lain