suria

Identiti Kim Jong-nam Disahkan Berdasarkan Sampel DNA Anak - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
SEPANG: Identiti rakyat Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas disahkan sebagai Kim Jong-nam melalui sampel DNA anaknya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sampel itu diperoleh  mengikut prosedur forensik.

"Saya sekali lagi mengesahkan mayat itu adalah mayat Kim Jong-nam," katanya pada satu sidang media di sini Rabu.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di KLIA2 pada 13 Februari untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


Artikel Lain