suria

H5N1: Belum Terima Arahan Tutup Sekolah - KSU

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan belum menerima arahan untuk menutup sekolah atau menukar menu di kantin sekolah-sekolah di Kelantan susulan penularan wabak selesema burung (H5N1) sejak awal bulan ini.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memantau perkembangan wabak termasuk makanan yang dibekalkan ke sekolah.

"Kita sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab di sini, Sabtu.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri selepas wabak itu menular ke beberapa jajahan.

Setakat ini, 22 kampung di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 kampung), Pasir Mas (4), Tumpat (1), Pasir Puteh (1), Bachok (1) dan Tanah Merah (1) dikesan dilanda wabak itu.

Kes pertama kali dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac selepas beberapa ekor ayam kampung ditemukan mati.-- Bernama



H5N1, Alias Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain