GEORGE TOWN: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama 12 jam selepas sebentuk cincin logam tersangkut pada kemaluannya. Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu meminta bantuan perubatan selepas dia gagal untuk mengeluarkan cincin berkenaan. MELEKAT... Cincin bearing yang terlekat pada kemaluan lelaki ini. -fotoBERNAMA Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan cincin itu di hospital pada kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad. Komander Operasi dari Balai Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata pihaknya berjaya mengeluarkan cincin dalam masa 10 minit dan mangsa dilaporkan stabil.