suria

Abu Sayyaf Makin 'Tempang'

KOTA KINABALU: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang terlibat dalam kegiatan culik untuk mendapatkan wang tebusan kini semakin lemah susulan kematian pemimpin utamanya sejak beberapa bulan lalu.

Antara mangsa pengganas bersenjata ini termasuk rakyat Malaysia, Bernard Thien yang maut di tangan mereka apabila kepalanya dipenggal pada November 2015.

Sumber risikan percaya, antara pemimpin Abu Sayyaf yang terbunuh adalah Idang Susukan dan Majan Sahidjuan yang juga dikenali sebagai Apo Mike, manaka ramai lagi yang bersembunyi kerana diburu pihak tentera Filipina.

Apo Mike, Idang dan abangnya Atai antara 23 rakyat Filipina yang tersenarai sebagai penjenayah dikenandali pihak Esscom.

Pada November lalu, identiti suspek telah didedahkan kepada umum dalam usaha untuk menahan mereka susulan beberapa kes penculikan di pantai timur Sabah.

Antara yang sedang diburu adalah Alhabsi Misaya dan Muamar Askali atau Abu Rami yang bertanggungjawab sebagai perunding untuk membebaskan tebusan.

Setakat ini, tentera Filipina hanya mengumumkan kematian Buchoy Hassan yang juga dikenali sebagai Black atau Bocoi tetapi sumber risikan percaya pemimpin lain seperti Apo Mike juga telah terbunuh.

Bagaimanapun, identitinya belum dapat disahkan lagi.

Komander Pasukan Tindakan Bersama Sulu, Kolonel Cirilito Sobejana berkata, Idang cedera teruk dalam pertempuran dengan anggotannya, manakala abangnya, Jaber terkorban dalam kejadian kira-kira dua minggu lalu.

beliau berkata, Bocoi adalah antara 30 anggota Abu Sayyaf yang terbunuh dalam operasi mementang kumpulan itu 

Kes terbaharu adalah melibatkan warga Jerman, Jurgen Kantner, 70 yang dipenggal kepalanya pada lewat Februari lalu selepas tuntutan wang tebusan mencecah AS$600,000 (RM2.6 juta) tidak dapat dipenuhi.

Aktivis anti penculikan berpangkalan di Jolo, Profesor Octavio Dinampo berkata, Atai yang juga sub komander Abu Sayyaf telah dibunuh bersama isterinya dan juga isteri kepada Idang.

"Kumpulan bersenjata itu berdepan situasi sulit ketika ini menyebabkan mereka terpaksa bergerak bagi mengelak dikesan," katanya dalam temubual menerusi telefon.

Beliau berkata, operasi tentera yang berterusan menyebabkan Alhabsy telah melarikan diri ke Tungkil, sebuah pulau berdekatan.

Pemimpin Abu Sayyaf lain yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia adalah Hatib Hajan @ Sawadjaan, Salip Sosong @ Mohamad Apsa Abdulla, Saidul Idul, Halipa, Ibrahim, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Las Pangit, Alden Bagde @ Sayning, Marajan Asiri, Raden Abuh, Bocoi, Sangbas, Berong Sairol @ Boy Master, Bensaudi Sairol @ Boy Pangit, Boy Intel, Atai Susukan dan Durog Hussein.

Turut tersenarai adalah adik beradik Muktadil iaitu Khadafy and Salvador @ Badong.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, pasukan keselamatan memberi tumpuan kepada dua kegiatan utama Abu Sayyaf iaitu culik untuk wang tebusan di Jolo dan militan IS di kepulauan Basilan.

Beliau berkata, Bocoi adalah antara 30 anggota Abu Sayyaf yang terbunuh dalam operasi mementang kumpulan itu 

Abu Sayyaf, Apo Mike

Artikel Lain