suria

Kes Bunuh: Polis Temui Dua Pistol Di Tasik Putrajaya

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Polis menemui dua pistol di sebuah tasik di Putrajaya pada Isnin, berikutan siasatan berhubung kes lelaki mati ditembak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, minggu lalu.

Polis berkata, kes berkenaan yang setakat ini menyaksikan penahanan seramai 13 individu, mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan itu membawa kepada polis ke tasik di lokasi penemuan dua pistol.

"Kedua-dua pistol masih mengandungi peluru," katanya pada Isnin.

Mangsa yang berusia 39 tahun ditemui mati di tingkat atas rumah tiga tingkat di Jalan Suakasih 2/2 pada 10 Mac lalu.

Lelaki yang berasal dari Jalan Ipoh dan tidak didedahkan namanya dikatakan datang ke rumah tersebut selepas tengah malam untuk bertemu rakannya yang merupakan ahli perniagaan.

Rakannya, ahli perniagaan berusia 54 tahun mendakwa dia bergegas ke tingkat tiga rumahnya selepas mendengar bunyi tembakan pada kira-kira pukul 3 pagi.

Satu pemeriksaan di tempat kajian menunjukkan sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipasang pelekat VIP dan VVIP di cermin kenderaan itu, diletakkan di seberang jalan dekat rumah berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan