KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016:
*Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 4.3 peratus hingga 4.8 peratus pada 2017.
*Bank Negara Malaysia mengumumkan dividen sebanyak RM2.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2016.
*Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak 1.0-2.0 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar pada 2017.
*Inflasi dijangka mencatatkan purata yang lebih tinggi dalam julat 3.0 peratus kepada 4.0 peratus pada 2017.
*Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.5 peratus pada 2017 berbanding 1.1 peratus pada 2016.
*Import kasar dijangka naik 6.4 peratus berbanding 1.9 peratus pada tahun lepas.
*Eksport dan import Malaysia diunjur kukuh pada 2017, disokong oleh peningkatan unjuran pertumbuhan global, harga komoditi dan permintaan dalam negeri yang mampan.
*Imbangan perdagangan akan kekal lebihan pada tahun 2017 dengan 86.4 peratus daripada 87.3 peratus.
*Secara keseluruhannya pada tahun 2016, nilai ringgit menyusut sebanyak 4.3 peratus dan berakhir pada RM4.486 berbanding dolar Amerika.
*Jumlah aset Bank Negara Malaysia sebanyak RM451.0 bilion dengan rizab antarabangsa berjumlah RM423.9 bilion (US$94.5 bilion).
*Rizab antarabangsa kekal mencukupi untuk memudahkan urus niaga dan memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
*Hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM908.7 bilion, bersamaan dengan US$200,6 bilion atau 73.9 peratus daripada KDNK pada akhir 2016 (2015:RM833.8 bilion).
*Kadar pengangguran meningkat kepada 3.5 peratus pada 2016 daripada 3.1 peratus berikutan peluang pekerjaan yang lebih perlahan dalam pertumbuhan ekonomi yang lebih sederhana.
*Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 5.6 peratus pada 2016 daripada 5.1 peratus pada 2015, disokong oleh pertumbuhan dalam semua subsektor.