suria

Kawalan Keselamatan Parlimen Terjamin - KPN

KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di bangunan Parlimen adalah terjamin dan sentiasa berada pada tahap tertinggi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata bilangan anggota yang melakukan kawalan di bangunan itu, yang kini berlangsung persidangan Dewan Rakyat, adalah mencukupi.

"Polis juga sentiasa bersiap sedia dan menyedari terhadap apa jua ancaman," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di bangunan parlimen susulan insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.

Media asing melaporkan, seorang anggota polis ditikam, penyerang ditembak  dan beberapa orang awam cedera dalam insiden yang dilabel sebagai serangan pengganas.

Perdana Menteri Britain Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen itu dilaporkan selamat. - BERNAMA

Khalid Abu Bakar, Parlimen

Artikel Lain