suria

Pekerja Nepal Maut Jatuh Atas Gondola Mungkin Bunuh Diri - Polis

PUTRAJAYA: Polis tidak menolak kemungkinan pekerja warga Nepal yang maut setelah terjatuh di atas gondola dan menghempap pekerja warga Bangladesh di dalamnya di satu tapak pembinaan di Presint 7 di sini, pada Jumaat, berniat membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata mangsa yang berumur 31 tahun itu merupakan pekerja binaan di blok lain dan bukan di tempat kejadian.

"Ketika kejadian, pekerja asing itu tidak sepatutnya berada di tempat kejadian. Jadual tugas juga menunjukkan dia tidak bekerja ketika kejadian berlaku.

"Polis masih menyiasat kenapa mangsa berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Memperingati Hari Polis Ke-210 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam, pekerja binaan itu yang dikenali Bhim Bahadir meninggal dunia di tempat kejadian setelah terjatuh di atas gondola sebelum menghempap seorang pekerja warga Bangladesh yang berada di dalamnya di tapak pembinaan bangunan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rakan sekerjanya pula, seorang warga Bangladesh, Mohammad Abul Hosen, 45, patah tangan kanan setelah dihempap mangsa dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Gondola

Artikel Lain