suria

Malaysia Wujud Kumpulan Pekerja Teknologi Untuk Masa Depan

- Gambar hiasan

PETALING JAYA: Malaysia kini bersedia untuk memupuk 'tenaga kerja digital', ketika tugas-tugas yang dilakukan oleh manusia berisiko 'digantikan' kemajuan teknologi.

Bagi menangani cabaran teknologi yang menimbulkan gangguan tenaga kerja ini, langkah untuk membangunkan bakat industri yang relevan perlu dilaksanakan pada tahun ini.

Tenaga kerja digital ini, yang mengintegrasikan teknologi untuk menghubungkan semua elemen rantaian bekalan, disesuaikan untuk memenuhi permintaan ekonomi digital.

Meningkatkan kemahiran bakat muda, lepasan ijazah dan profesional pada masa depan akan menjamin peluang pekerjaan dalam ekonomi secara perlahan-lahan, di mana kedudukan para pekerja kini diancam oleh kemajuan teknologi.

Dengan bekerja di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor teknologi digital, langkah holistik ini akan mewujudkan saluran mampan pekerja digital, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Datuk Yasmin Mahmood.

"Kami mahu mewujudkan 10 buah institusi pengajian premier yang lebih tinggi untuk teknologi digital dan memudahkan proses kelulusan bagi kursus tersebut.

"Kira-kira 1,000 mahasiswa dan graduan akan mendapat penempatan industri tahun ini. Ini adalah selain daripada 500 tempat untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti matriks dan kursus teknologi digital pra-universiti," katanya, sambil menambah 200 komitmen biasiswa telah pun diperuntukkan untuk pelajar.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengasas Alibaba Jack Ma melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

Diilhamkan oleh Najib di bawah Bajet 2017, DFTZ akan mewujudkan 60,000 pekerjaan, sebuah bandar internet untuk menempatkan 10,000 syarikat Internet dan 25,000 golongan profesional teknologi di Bandar Malaysia.

Peruntukan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia akan digunakan untuk membangunkan kemahiran ICT kritikal untuk model pembangunan yang diterajui industri mampan, kata Yasmin.

"Gangguan teknologi mungkin memaksa syarikat-syarikat mendapatkan sekumpulan tenaga kerja dengan kemahiran teknologi tetapi ia tidak bermakna syarikat telah mula mengurangkan tenaga kerja mereka. Angka-angka ini sebaliknya meningkat, terutama bagi pekerja teknologi mahir seperti pereka grafik, penganalisis data dan jurutera data.

"Dengan permintaan seperti itu, belia kita harus menerima trend ini dan mula melihat untuk mendapatkan kemahiran teknologi supaya kekal relevan," katanya.

Pengerusi Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM), Chin Chee Seong berkata, gangguan daripada teknologi akan membuatkan perkara-perkara yang dilakukan menjadi bertambah baik.

"Kita mesti membuat persediaan pemimpin masa depan negara agar setanding dengan rakan-rakan Asean dan mengharungi cabaran tenaga kerja," kata Chin.

Pada 23 Februari lalu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memberi amaran bahawa lebih ramai pekerja dijangka diberhentikan sepanjang tahun ini berpunca daripada suasana ekonomi yang lebih mencabar selain adaptasi teknologi-teknologi baharu.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata antara sektor yang diramalkan terlibat ialah industri perbankan, insurans, pembinaan dan pembuatan.

Menurutnya, berdasarkan angka rasmi, setakat September 2016, jumlah pekerja yang telah diberhentikan mencecah 40,000 orang manakala bagi tahun 2015, jumlah mereka adalah kira-kira 44,000 orang.

“Situasi ekonomi sekarang serta pengenalan teknologi baharu membuatkan banyak majikan melihat semula keperluan tenaga kerja mereka, " katanya.

Pada 12 Mac, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kepada Sunday Star bahawa pensyarah universiti awam akan dihantar ke pelbagai syarikat, termasuk organisasi yang dipacu oleh teknologi untuk pendedahan industri supaya mereka dapat mengetahui tentang dunia sebenar gangguan teknologi.


Artikel Lain