suria

Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama sejam sejak pukul 6 petang Selasa.

Jalan P. Ramlee, Jalan Anson dan Jalan Logan di Pulau Pinang mencatatkan kenaikan air sehingga paras lutut.

Kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku dekat Jalan Anson kira-kira setengah jam di persimpangan berhampiran Jalan Macalister.

Turut terjejas akibat banjir kilat itu adalah persimpangan Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee.

Walapun hujan berhenti kira-kira pukul 8 malam, air banjir dilaporkan hanya mula surut setengah jam kemudian.

Sementara itu, beberapa kawasan di Seberang Jaya turut ditenggelami air banjir.

banjir kilat, Pulau Pinang

Artikel Lain