suria

Lega Keluar Dari Negara Terasing

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (dua, kanan) bertanya khabar kepada Noor Saaidah Jamaluddin bersama suaminya Mohd Radzuan dan anak mereka Mohamad Radhiy. fotoBERNAMA

SEPANG: Selepas 24 hari berdepan detik hitam di Korea Utara, kini perasaan lega dan gembira jelas terpancar di wajah sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Pyongyang dan dibenarkan pulang ke tanahair pada malam Khamis.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5 pagi Jumaat.

"Kami mahu meluangkan masa bersama keluarga sekarang," kata Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain selepas membacakan kenyataan ringkas yang dikeluarkan kumpulan tersebut.

Mereka sepatutnya meninggalkan Pyongyang pada 7 Mac sebelum dihalang pulang ke tanah air.

Situasi mereka menjadi tidak menentu susulan krisis diplomatik antara Malaysia dan Pyongyang berhubung pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Turut bersama dengan Mohd Nor Azrin dalam pesawat itu adalah isterinya Iza Karmila Ramli dan tiga anak mereka, Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, and Ayscha Zinnirah, 3.

Selain Mohd Nor Azrin sekeluarga, empat lagi rakyat Malaysia terbabit ialah pembantu peribadi kepada Duta Besar Noor Saaidah Jamaluddin, 29 dan suaminya Mohd Radzuan Othman, 29 serta bayi mereka Mohamad Radhiy yang berusia lapan bulan; dan Pembantu Tadbir S. Nirmala Malar Kodi, 45.

Korea Utara, rakyat Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain