STATISTIK kerajaan pada tahun 2014 hingga 2016, mencatatkan sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga di negara ini dengan 26 peratus membabitkan penderaan terhadap suami. Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kanak-Kanak, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata peningkatan dera melibatkan suami antara sebab Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) dipinda.