TAWARAN 5 peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi kepada pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu menjana sumber ekonomi negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, keputusan itu nyata memberi manfaat terhadap pertumbuhan pendapatan IPTA dalam negara apabila pelajar asing perlu membayar yuran pengajian mengikut harga pasaran, dan tidak seperti pelajar tempatan yang menerima subsidi.