suria

Bukit Aman Lebih Waspada

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan ancaman daripada pengganas berikutan serangan udara Amerika Syarikat ke atas Syria, jelas Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara itu berkata, Polis Diraja Malaysia akan sentiasa bersedia  bagi memastikan tiada serangan berlaku di laman sendiri.

"Kami tidak boleh leka, malah sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman.

"Keselamatan dan perlindungan semua rakyat adalah keutamaan kami," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Khalid berkata, pemeriksaan ketat di semua pintu masuk dan sempadan akan dikenakan untuk menghalang mana-mana  pengganas Negara Islam (IS) atau pesimpati pergi ke Syria.

"Kami sentiasa berjaga-jaga untuk memantau sebarang ancaman di negara ini.

"Komitmen kami adalah untuk menegakkan undang-undang dan mengelakkan sebarang serangan di Malaysia," katanya.

Sehingga kini, seramai 294 militan telah ditangkap sejak Februari 2013.

Lima puluh tujuh rakyat Malaysia kekal di Syria menyertai IS manakala 30 yang lain terbunuh dalam pertempuran, serta serangan pengeboman bunuh diri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain