KOTA KINABALU: Seorang wanita yang terselamat dalam kejadian banjir lumpur di Kg Alintang di daerah Tongod, Sabah meninggal dunia kerana jangkitan kuman. Polis mengenak pasti mangsa sebagai Zaleha Mandaya, meninggal dunia pada kira-kira pukul 5 pagi Ahad. Terdahulu, Zaleha dikenal pasti pasukan menyelamat sebagai Jalikha Malingkut. Ketua Polis Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, Zaleha dipercayai meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas kejadian banjir lumpur. Suaminya, Abdul Kahalayan dan anak lelaki, Julaslam masih dalam proses untuk pulih selepas diselamatkan. Ketiga-tiga mereka merupakan antara 11 sekeluarga yang terlibat dalam kejadian 1 April lalu. Enam daripada mereka meninggal dunia, manakala dua yang lain, Asma dan Alan masih hilang.