suria

Jangan Pertikai Usaha Tambah Baik Sistem Perundangan Islam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan usaha untuk menambah baik sistem perundangan bagi memartabatkan agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat negara ini perlu menghormati Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kita amat sedih jika ada pihak yang mempertikaikan soal usaha itu dan orangserta kumpulan itu pula yang tidak satu akidah dengan kita. Kita tidak berhasrat menyentuh soal agama lain...anda dengan agama anda dan saya dengan agama saya.

"Tolong hormat agama saya jika anda mahu saya hormat agama anda," katanya semasa merasmikan Konvensyen Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab 2017 disini, Isnin malam.

Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, masyarakat bebas mengamalkan agama mereka, namun perlu sentiasa bertoleransi dan mengutamakan nilai-nilai murni seperti yang dituntut dalam setiap agama. 

Menyentuh program Ulul Albab yang dilaksanakan sejak lapan tahun lepas, Ahmad Zahid berkata ia salah satu model baharu pembinaan generasi TN50 akan datang, yang terdiri daripada golongan korporat dan teknokrat dalam kalangan mereka yang hafaz al-Quran.

Ia juga selaras dengan sasaran TN50 untuk melahirkan 125,000 huffazmenjelang 2050, katanya. 

Beliau berkata pendidikan berteraskan Quranik iaitu golongan yang memahamidan menghayati al-Quran akan melahirkan individu berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang, yang mampu mengeluarkan pandangan untuk menyelesaikan masalah.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akanmenambah lima lagi MRSM Ulul Albab di Sabah, Perak, Kelantan, Pahang dan Kedah berbanding hanya empat ketika ini.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah DatukSeri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Sementara MARA Datuk Dr Yusof Yacob dan Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.

Konvensyen itu diadakan untuk menghimpunkan huffaz terdiri daripada pendidik, pelajar dan bekas pelajar huffaz, yang bermatlamat mengembangkan lagibudaya menghayati al-Quran, selain menjadikannya aas kepada pembentukan generasi masa hadapan. -Bernama

Artikel Sebelum

Fasa Baharu Pemandu Teksi

Artikel Berikut

Artikel Lain