suria

Dua Beradik Rentung Di Lawas

GAMBAR HIASAN

MIRI: Niat seorang adik lelaki untuk menyelamatkan abangnya dalam kebakaran berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Melusok, Jalan Punang Lawas di Limbang awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Hussin berkata ketika kejadian pada 2.19 pagi, Teo Yun Tion, 57, cuba menyelamatkan abangnya Teo Yin Hee, 58, yang berada di tingkat atas rumah itu ketika api sedang marak.

Usaha itu bagaimanapun gagal akibat asap tebal pada tingkat bawah menyebabkan kedua-dua mangsa terperangkap, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata menurut saksi, asap tebal kelihatan di dalam dan luar tingkat bawah rumah itu semasa kejadian berlaku.

Zaki berkata bomba tiba ke lokasi kejadian pada 2.23 pagi dan operasi tamat pada 4.30 pagi manakala punca kebakaran serta jumlah sebenar penghuni kediaman itu masih disiasat.

Lawas, Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adam Rosly Tiba Di Mahkamah

Artikel Lain