suria

'Mujur Tak Menetas Lagi'

Telur ular yang dijumpai di bawah simen rumah Siti Halimah. - APM Bagan Datuk

BAGAN DATUK: Seorang warga emas tidak menyangka kelibat ular keluar masuk di rumahnya sejak Ahad merupakan petanda bahawa reptilia itu bertelur di kediamannya.

Siti Halimah Karimun, 82, dari Kampung Sungai Balai Darat pada mulanya menyangka ular itu tersesat memasuki rumahnya dan keluar semula pada hari sama.

Menurut anak Siti Halimah, Mohd Salihin Asmawi, 52, dia menerima pangilan telefon daripada ibunya memberitahu melihat kelibat ular memasuki rumah orang tuanya itu semalam.

"Tetapi emak beritahu dia nampak kelibat ular berkenaan keluar rumah selepas itu, tetapi dia sekali lagi menelefon malam ini memaklumkan terlihat ular itu masuk semula ke dalam rumah senja tadi.

"Saya kemudiannya menelefon Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk bagi memaklumkan kejadian sebelum mereka tiba di rumah emak saya sebentar tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Anggota APM Bagan Datuk sedang berusaha mengesan ular berkenaan. - Sinar Online

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan anggota APM dan aduan Siti Halimah bahawa terdapat satu lubang kecil di dalam rumah mereka membawa kepada penemuan 14 biji telur ular.

"Selepas melihat ada lubang, anggota APM memecahkan lantai simen rumah emak dan alangkah terkejutnya kami melihat selonggok telur ular di bawah lantai berkenaan.

"Walau bagaimanapun ular tersebut tidak berada di telur berkenaan dan kami percaya ia sudah masuk ke dalam tanah kerana lubang berkenaan terlalu dalam," katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk, Leftenan Mohd Zaidi Ahmad berkata, sehingga jam 11 malam ini, anggota APM masih lagi berusaha mengesan ular berkenaan.

"Kami ada mendengar bunyi ular berkenaan di dalam lubang sarang ia bertelur tetapi lubang tersebut terlalu dalam dan usaha mencari ular tersebut masih lagi dijalankan," katanya.

Telur Ular

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan