suria

18 Termasuk 13 Pelajar Ditahan Susulan Video Samseng Tular

PETALING JAYA: Lapan belas individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan Geng 24, susulan video sekumpulan penunggang motosikal menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah menjadi tular.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tweet pada Jumaat berkata, 13 pelajar dan lima lain telah ditahan dan dijangka lebih ramai akan ditangkap dalam masa terdekat.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Staffoc) susulan penahanan itu.

"Tahniah STAFFOC@PDRMsia, 13 pelajar dan lima yang lain ditahan di sekitar Klang. Lebih ramai akan ditahan kerana terlibat dalam kegiatan Geng 24," demikian tweet beliau.

Penahanan itu dibuat susulan dua video berasingan di mana penunggung motosikal menimbulkan kekecohan dan berkelakuan tidak sopan di luar kawasan sekolah menjadi tular pada Khamis.

Menerusi klip video pertama yang berdurasi 1.14 minit, kumpulan itu dilihat menjerit di luar sekolah itu.

Mereka juga kelihatan memegang kain rentang yang tertera angka "24", "TD4" dan juga lambang swastika hitam.

Video kedua pula memfokuskan sebuah kek dengan perkataan "SMK Sri Andalas", "24" dan "Apache" tertulis diatasnya.

Sekurang-kurangnya seorang penunggang motosikal memakai uniform sekolah.

Lokasi dan masa untuk klip berdurasi 24 saat itu menyamai dengan rakaman yang pertama.

Geng 24, Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain