suria

Pemuda PAS Mahu Cerai Talak Tiga Dengan PKR

ALOR SETAR: PAS semakin hampir memutuskan hubungan dengan PKR selepas usul berhubung perkara itu mendapat sokongan penuh perwakilan Dewan Pemuda PAS (DPP) dari seluruh negara.

Usul itu dibentangkan perwakilan DPP Terengganu, Ab Rahman Che Mat dengan memberi hujah bahawa PKR tidak mengikut syarat yang seharusnya dipatuhi parti tersebut.

Antara hujah yang dibangkitkan adalah soal kebajikan umat Islam yang gagal dijaga PKR khususnya di Selangor.

"Saya cadangkan kita putuskan hubungan dengan PKR.

"Cerai talak tiga," katanya di sini pada Jumaat.

Usul tersebut mendapat sokongan wakil DPP Shah Alam sebelum disokong penuh oleh semua perwakilan.

Usul berkenaan akan dibawa untuk dibincangkan pada Muktamar Dewan PAS Pusat yang bermula pada Sabtu.

Sekiranya mendapat sokongan, usul itu akan dibentangkan pada Majlis Syura sebelum keputusan akhir dibuat.


Pemuda PAS, PKR

Artikel Lain