PETALING JAYA: Tiada tanda-tanda rakyat Malaysia bermain permainan sosial media yang menggalakkan golongan remaja membunuh diri, 'Blue Whale Challenge'. Menurut Pengarah Publisiti Befrienders Kuala Lumpur Ardy Ayadali, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai permainan itu dimainkan di Malaysia. Bagaimanapun, ia mungkin menjadi penyebab beberapa kes remaja yang melakukan aktiviti memanjat tanpa menyedari ia akan memberi kesan. "The Blue Whale Challenge seperti permainan sebenar malah pihak berkuasa di seluruh dunia berusaha memberi peringatan kepada ibu bapa mengenai permainan ini," kata Ardy. Berikutan daripada kes bunuh diri golongan remaja di Rusia amat membimbangkan, begitu juga yang berlaku di Eropah selepas beberapa anak muda mendapat kecederaan yang dikaitkan dengan permaianan itu, namun tidak ada bukti kukuh untuk mengesahkannya. Cabaran yang dinamakan Blue Whale Challenge ini mensasarkan remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk 'memenangi' cabaran ini ialah terjun dari bangunan tinggi. Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini akan diminta untuk melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corakdan sebagainya. Dalam pada itu, Ardy meminta kepada semua ibu bapa agar memantau aktiviti online dan melihat tanda-tanda fizikal anak-anak mereka.