HASIL pemeriksaan ke atas 330 orang pekerja asing, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akhirnya menahan seramai 201 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam operasi yang dijalankan pada lewat malam Selasa. Mereka ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.