suria

Buka FB, Hati Pun 'Berbunga-Bunga'

PETALING JAYA: Apa yang dilihat di telefon bimbit anda hari ini mungkin mampu membuatkan hati anda 'berbunga-bunga'.

Tidak sukar untuk menikmati perasaan yang menyenangkan itu kerana ia boleh diperolehi dengan hanya satu sentuhan di telefon bimbit atau satu klik di komputer.

'Bunga' yang dimaksudnya adalah sekuntum bunga berwarna ungu, yang kini 'muncul' di ruangan komen di Facebook.

Ia adalah satu 'emoji' baharu bermaksud 'berterima kasih' atau  'terhutang budi' (grateful) yang ditawarkan kepada jutaan pengguna Facebook, di samping emoji lain yang disediakan sebelum ini.

Facebook dalam satu kenyataan berkata bunga ungu itu disediakan khas sempena sambutan Hari Ibu. Emoji ini juga hanya bersifat sementara.

"Dalam menghargai sambutan Hari Ibu kami sedang menguji keupayaan orang ramai untuk mereka meninggalkan reaksi 'bunga'," menurut kenyataan Facebook.

Ia juga menjadi 'reaksi' sementara yang pertama disediakan Facebook. Sebelum ini ia hanya menawarkan butang 'like', diikuti butang tindak balas emosi.

Ciri baharu ini bertambah menarik jika digunakan di telefon bimbit apabila bunga-bunga cantik ini akan bergerak, seolah-olah ia sedang 'berkembang' di skrin telefon anda apabila anda 'menghadiahkannya' kepada seseorang.

Bagaimanapun, sedikit mengecewakan apabila bunga ini tidak akan 'berkembang' di skrin komputer apabila akan menekan tetikus untuk menghadiahkannya kepada rakan lain.

emoji, Hari Ibu, bunga ungu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain