suria

Seorang Suspek Rompak Dan Rogol Ditangkap

SERDANG: Salah seorang daripada dua suspek dalam kes rogol dan rompak di pusat perjudian di Bandar Kinrara telah ditangkap.Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Kuala Selangor pada kira-kira pukul 5.30 petang Ahad.

"Kami masih mencari seorang lagi suspek " jelas Ketua Polis Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ​​pada sidang akhbar, Isnin.

Kes itu mendapat perhatian selepas klip video yang menunjukkan dua lelaki memasuki sebuah pusat perjudian dan kelihatan melakukan sesuatu ke atas seorang pekerja wanita menjadi tular.

Suspek dipercayai pergi ke sana dengan niat untuk merompak, namun sebaliknya berlaku.

Pemilik kedai itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara, Sabtu lalu selepas kejadian yang berlaku pada Khamis.

ACP Megat berkata, dua lelaki yang dilihat dalam video yang tersebar itu bukanlah suspek.

"Itu adalah kes yang berbeza," katanya.

Samun, Rogol, Pusat Judi

Artikel Sebelum

Along Makin Ganas!

Artikel Lain