suria

Maut Dihempap Jengkaut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik dan menghempap dirinya di tapak pembinaan Jalan Kapas, Bukit Bandaraya di sini petang Selasa.

Pegawai Bomba Kanan Salmi Abdul Mukti berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu telah dikeluarkan pasukan bomba dengan bantuan pekerja tapak pembinaan daripada jengkaut itu dalam masa 10 minit kira-kira 5 petang Selasa.

"Seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai terbabit dalam kerja-kerja menyelamat itu selepas menerima panggilan kecemasan," katanya.

Salmi berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan dan mayatnya kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. - BERNAMA

maut, jengkaut

Artikel Lain