suria

Kekecohan Dialog TN50, Kertas Siasatan Dibuka

Mat Over dan David Teo bersalaman dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, di sini Rabu.

Ketua Polis Daedah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata setakat ini dua laporan polis berhubung kejadian itu diterima dengan satu daripadanya dibuat oleh orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan satu lagi laporan dibuat sendiri oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

"Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

"Pada 1 tengah hari, barulah ada satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Rosly berkata pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat sebelum memanggil individu yang terlibat dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Rosly berkata siasatan tetap dibuat walaupun dua individu yang terlibat dalam kekecohan itu telah berdamai dan tidak membuat laporan polis.Kekecohan kecilberlaku pada sesi dialog TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 300 penggiat seni di Seri Perdana melibatkan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over dan penerbit filem Datuk David Teo.

Kedua-dua penggiat seni itu kemudiannya berdamai di hadapan Perdana Menteri.

Rosly dalam pada itu meminta pengguna media sosial berhenti memberikan sebarang komen atau membuat spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi peluang kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara telus.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

dialog TN50

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain