suria

Budak Nyaris Lemas Di Spa Bayi

PETALING JAYA: Gara-gara leka dengan telefon bimbit, anak kepada sepasang suami isteri nyaris lemas di sebuah spa bayi.

Rakaman insiden di spa bayi itu yang dipercayai berlaku pada 16 Mei lalu menjadi tular di laman media sosial selepas dikongsi pengguna Facebook Anakku Kuku.

Bagaimanapun lokasi spa bayi itu tidak dinyatakan.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit 37 saat itu, kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan di dalam kolam spa tersebut sendirian.

Pasangan tersebut dipercayai ibu bapa mangsa duduk membelakangkan kolam spa itu sambil 'bermain' telefon bimbit masing-masing.

Semasa di dalam kolam spa itu, mangsa cuba berenang sebelum pelampungnya terbalik.

Kaki kanak-kanak itu terlihat terkapai-kapai hampir seminit sebelum insiden itu disedari pasangan terbabit.

Seorang lelaki dilihat bangun dan bergegas masuk ke dalam bilik spa sebelum mengangkat kanak-kanak itu keluar dari kolam tersebut.

Pasangan terbabit kemudian meletakkan kanak-kanak itu di atas meja sambil menepuk-nepuk belakangnya.

Namun nasib kanak-kanak malang itu masih tidak diketahui.

Video itu ditonton kira-kira 515,000 kali dan mendapat perkongsian sebanyak 17,539 di Facebook.

Insiden itu turut mendapat kecaman di kalangan netizen yang meluahkan rasa marah terhadap pasangan suami isteri tersebut.

"B**** tiada pengawasan langsung... di mana ibu bapa kanak-kanak itu?!!," soal Fidot Honey.

"Amat menyentuh hati, saya tidak dapat bernafas ketika melihat rakaman ini," kata Chai Ying.

"Saya juga. Saya harap kanak-kanak itu selamat. Tidak faham mengapa tiada sesiapa pun memantau kanak-kanak itu," kata Jolyn Yuen.

spa bayi

Artikel Sebelum

Maut Jatuh Tingkat 12 PPR

Artikel Berikut

Artikel Lain