suria

Mencari Martono

PETALING JAYA: Prihatin terhadap nasib yang menimpa seorang lelaki warga asing, seorang wanita tempatan meminta kerjasama orang ramai membantunya untuk menjejaki pemuda itu dalam masa terdekat.

"Saya risau dia tidak dapat pulang beraya di kampung memandangkan esok sudah masuk Ramadan kerana dokumen peribadinya ada pada saya.

"Pelbagai cara saya cuba, termasuk menghubungi syarikat pemaju tempat dia bekerja, namun gagal dihubungi," kata Azlina Ibrahim kepada mStar pada Jumaat.

Wanita berusia 34 tahun yang berasal dari Klang, Selangor itu menjumpai dompet yang dipercayai milik individu bernama Martono berdasarkan maklumat pada i-kad, wang berjumlah RM80 di pusat beli-belah Aeon Mall Bukit Tinggi, pada 10 Mei lalu.


Ina (kanan) menjumpai dompet milik Martono di Pusat Beli-Belah Aeon Bukit Tinggi, Klang pada 10 Mei lalu.

Setelah berusaha mencari Martono selama lebih dua minggu, Azlina akhirnya memuat naik status di akaun Facebook miliknya pada Rabu untuk menghebahkan tentang perkara itu.

Melalui maklumat yang tertera pada i-kad Martono, lelaki itu bekerja di syarikat Pembinaan Rigap Maju Sdn. Bhd. yang terletak di Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Kata Azlina, dia dan suaminya menjumpai dompet Martono ketika menggunakan kerusi mesin urut di pusat beli-belah itu dan menunggu selama sejam untuk mengembalikan dompet tersebut kepada pemiliknya.

"Kami menunggu sejak pukul 9 malam sehingga pusat beli-belah ditutup tapi tiada siapa yang datang.

"Saya tidak menyerahkan dompet ini kepada sesiapa kerana khuatir ia jatuh kepada individu yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Tambah Azlina, dia berhasrat untuk menyerahkan sendiri dompet tersebut kepada Martono kerana simpati dengan nasib warga asing itu yang mungkin sedang mengalami kesusahan ekoran tiada dokumen pengenalan diri.

Selain itu, Azlina meminta orang awam yang mengenali Martono agar menghubunginya menerusi akaun Facebook: Ina Baii dengan segera.

Martono, Ina Baii

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain